Friday 9 September 2011

Pasir


Pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pasir dari pantai di Vancouver, menunjukkan luas permukaan (anggaran) antara 1-2 cm persegi.

Galian berat (gelap) dalam pasir pantai kuarza (Chennai, India).
Pasir ialah bahan berbutir terbentuk secara semula jadi yang terdiri daripada batu dan zarah galian kecil yang halus.
Menurut takrifan yang digunakan oleh pakar kaji bumi, bijiran pasir bersaiz ukur lilit antara 0.0625mm (atau 116 mm, atau 62.5 μm) hingga 2 milimeter. Setiap bijiran dalam julat saiz ini dikenali sebagai bijiran pasir. Kelas saiz pasir lebih besar berikutnya adalah anak batu, dengan zarah antara 2 mm sehingga 64 mm (lihat saiz zarah bagi kegunaan piwaian). Saiz lebih kecil berikutnya dalam geologi adalah lumpur: zarah kecil daripada ukurlilit 0.0625 mm sehingga 0.004 mm. Spesifikasi saiz antara pasir dan anak batu telah kekal sama lebih dari satu abad, tetapi zarah dengan ukur lilit sekecil 0.02 mm telah ditakrifkan sebagai pasir di bawah piwaianAlbert Atterberg digunakan seawal abad ke-20. Piwaian kejuruteraan 1953 yang diterbitkan olehPersatuan Pegawai Lebuh Raya Negeri dan Pengangkutan Amerika Syarikat (AASHTO) telah menetapkan saiz pasir minimum sebagai 0.074 mm. Spesifikasi minimum bagi Jabatan Pertanian Amerika Syarikat 1938 adalah 0.05 mm.[1] Pasir berasa kesat apabila digeser antara jari (lumpur, sebagai perbandingan, berasa seperti tepung).
ISO 14688 menggred pasir sebagai halus, sederhana, dan kasar dengan julat 0.063 mm hingga 0.2 mm hingga 0.63 mm hingga 2.0 mm. Di Amerika Syarikat, pasir biasanya dibahagi antara lima kategori kecil berdasarkan saiz: pasir amat halus (116 - 18 mm diameter), pasir halus (18 mm -14 mm), pasir sederhana (14 mm - 12 mm), pasir kasar (12 mm - 1 mm), dan pasir amat kasar (1 mm - 2 mm). Saiz ini berdasarkan pada saiz zarah skala fi Krumbein, di mana saiz dalam Φ = -log base 2 bagi saiz dalam mm. Pada skala ini, untuk pasir nilai Φ berbeza antara -1 hingga +4, dengan pembahagian antara kategori kecil sebagai nombor bulat.

Isi kandungan

 [sorokkan]

[sunting]Kandungan


Pasir dari Pantar Pismo Beach, California. Kandungan utamanya terdiri daripada kuartz,chertbagi igneous dan serpihan cengkerag. Skala bar ialah 1.0 mm.

Gambar dekat pasir guung berapi dari Perissa, di Santorini, Greece
Kandungan biasa pasir, bertempat di daratan benua dan persisiran pantai bukan tropika , adalah silika(silikon teroksida, atau SiO2), biasanya dalam bentukkuartz, yang, disebabkan pengun secara kimia dan kekerasannya, merupakan galian paling biasa kalis kepada peluluhawa.
Kandungan pasir amat pelbagai, bergantung kepada sumber batu tempatan dan keadaan. Psir putih cerah yang terdapat di persisiran pantai tropika dan semi-tropika adalah batu kapur terhakis dan mungkin mengandungi batu karang dan serpihan kerangka tambahan kepada bahan hasilan organik atau organik lain.[2] Gubuk pasir gipsum di White Sands National Monument di New Mexico adalah terkenal bagi warna pasir putih berkilauan. Arkose adalah pasir batu pasir dengan sejumlah besar kandungan feldspar, terhasil dari luluhhawa dan hakisan biasanya dari unjuran batu granit berhampiran. Sesetengah pasir mengandungimagnetite, chlorite, glauconite atau gipsum. Pasir kaya dengan magnetite bewarna gelap hingga ke hitam, sama seperti pasir terhasil daribasalt gunung berapi dan obsidian. Pasir mengandungi chlorite-glauconite biasanya bewarna hijau, sebagaimana pasir terhasil dari lava basalt deng kanudngan olivine tinggi. Kebanyakan pasir terutama yang terdapat di Eropah Selatan memiliki cemaran besi dalam kristal kuartz pasir, memberikan warna kuning gelap. Mendakan pasir di sesetengah kawasan mengandungi garnet dan galian tahan lain, termasuk sejumlah kecil batu permata.

[sunting]Persekitaran


Pasir dari Taman Negeri Coral Pink Sand Dunes, Utah. Ini adalah bijirin kuart dengan salutan hematit memberikan warna kuning bata. Skala bar adalah 1.0 mm.
Pasir dipindahkan oleh angin dan air dan dimendakkan dalam bentuk pantai, gumuk, benteng pasir dan ciri-ciri berkait. Dalam persekitaran seperti sungai tapak anak batu dan moraine glasiar ia sering kali wujud sebagai perwakilan bijiran pelbagai saiz. Sungai bedasar pasir, seperti Sungai Platte di NebraskaUSA, memiliki dasar berpasir disebabkan tidak terdapat sebarang sumber besar lain yang boleh dipindahkan. Gumuk, sebaliknya, adalah berpasir disebabkan bahan lebih besar biasanya tidak bergerak oleh angin, dan merupakan ciri geografi jelas dalam persekitaran gurun.

[sunting]Kajian


Mikrograf elektron menunjukkan biji pasir.

Fotomikrograf bagi biji pasir gunung berapi; gambar atas adalah cahaya kutub-satah, gambar bawah adalah cahaya kutub-bersilang, kotak skala pada kiri tengah adalah 0.25 milimeter.
Kajian mengenai setiap biji mampu mendedahkan banyak maklumat sejarah berkaitan dengan asal dan jenis pasir. Pasir kuartz yang baru luluhhawa darigranite atau kristal kuartz gneiss adalah bersudut. Ia dikenali sebagai grus dalam geografi atau pasir bersegidalam bidang pembinaan di mana didigemari berbanding konkrit, dan dalam perkebunan di mana ia digunakan sebagi pembaiki tanah bagi melonggarkan tanah berselut. Pasir yang diangkut jarak jauh oleh air dan angin adalah bulat, dengan ciri-ciri pola lelasan pada permukaan pasir. Pasir gurun biasanya bulat.
Mereka yang mengumpulkan pasir sebagai hobi biasanya dikenali sebagai arenophile atau psammophiles.

[sunting]Kegunaan


Pada 300 km/h, ICE 3 (DB class 403) melepaskan pasir daripada beberapa bogies ke landasan.

Menara penyisih pasir di lbuang pengambilan anak batu.
  • Pertanian: Tanah pasir adalah sesuai bagi tanaman seperti pokok TembikaiPokok Peach, dan Kacang dan ciri pengairan yang baik menjadikan ia sesuai bagi penternakan tenusu.
  • Akuarium: Pasir merupakan bahas dasar akuarium yang dipercayai lebih baik berbanding anak batu bagi kegunaan di rumah.
  • Batu karang buatan: Pasir dalam beg geotextile boeh digunakan sebagai asas bagi batu karang baru.
  • Pemulihan pantai: Kerajaan memindahkan pasir ke pantai di mana arus pasang-surut, ribut atau pembangunan menyebabkan perubahan pada persisiran dan penghakisan pada pasir asal.[3]
  • Batu-bata: Kilang batu-bata mencampurkan pasir pada campuran selut dan bahan lain bagi penghasilan batu-bata.
  • Cob: Coarse sand makes up as much as 75% of cob.
  • Konkrit: Pasir sering kali merupakan komponen utama bagi bahan penting bagi pembinaan ini.
  • Kaca: Pasir merupakan komponen utama bagi kaca biasa.
  • Hiasan laman: Pasir dijadikan bukit kecil dan cerun (sebagai contoh, di lapangan golf).
  • Cat: Mencampurkan pasir dengan cat menghasilkan tekstur akhir bagi dinding dan permukaan lantai tidak gelincir.
  • Pengangkutan landasan: Pengendali kereta api menggunakan pasir bagi meningkatkan cengkaman tayar pada landasan.
  • Jalan: Pasir meningkatkan cengkaman (dan dengan itu keselamatan tarfik) di keadaan jalan berair batu dan bersalji.
  • Sand animationPerformance artists draw images in sand. Makers of animated films use the same term to describe their use of sand on frontlit or backlit glass.
  • Acuan pasir: Pasir acuan dibasahkan dengan kaster atau minyak molding sand, juga dikenali sebagai pasir relau dan kemudian dibentuk menjadi acuan di mana bahan cair dituang dalamnya. Pasir jenis ini perlu bertahan suhu dan tekanan tinggi, membenarkan gas keluar, memiliki bijiran saiz kecil, sekata dan tidak bertindak balas dengan logam.
  • Sand castles: Shaping sand into castles or other miniature buildings is a popular beach activity.
  • Bagpasir: Ini merupakan perlindungan terhadap banjir dan tembakan senjata api. Bag adalah murah dan mudah dibawa apabila kosong,dan sukarelawan tidak terlatih mampu memenuhinya dengan pasir tempatan ketika kecermasan.
  • Sandblasting: Graded sand serves as an abrasive in cleaning, preparing, and polishing.
  • Penapis air: Media penapis menggunakan pasir bagi penapisan air.
  • Zoanthid "skeletons": Animals in this order of marine benthic cnidarians related to corals andsea anemones, incorporate sand into their mesoglea for structural strength, which they need because they lack a true skeleton.

[sunting]

No comments:

Post a Comment