Friday 19 August 2011

PROSES PENAMBAKAN PASIR CONTOH


Penambakan Pasir (Land Reclamation)

Assalamualaikum....

Anda pernah saksikan bagaimana proses penambakan tanah di tepi laut dijalankan?? Saya cuba kongsikan di sini bersama2 berdasarkan pengalaman saya.
 
Gambar 1 ; Ini adalah gambar mesin dredging . Ia bertujuan untuk mengorek pasir di dasar lautan/sungai untuk diisi dalam tongkang (barge)dan seterusnya di hantar ke tempat penambakan. Anda perhatikan di sebelah kiri terdapat lengan (boom) yang menggantung paip dari laut? Ia sebenarnya menggantung mesin penyedut pasir yang terletak di dasar lautan. Di sebelah kanan pulak lengan untuk membuang pasir yang telah ditapis ke dalam tongkang.
Gambar 2;Air akan disedut bersama-sama pasir di dasar lautan . Maaf, saya x dapat tunjukkan bagaimana rupa bentuk pam tersebut kerana ia terletak di dasar lautan.cuma yang terpapar di gambar adalah paip yang menyalurkan air dan pasir yang telah disedut pergi ke penapis. Diameternya lebih kurang 300mm. Di tempat gambar ini diambil dasar laut berpasir terletak lebih kurang 13meter dari permukaan laut. (kira-kira 3 tingkat bangunan dalamnya).

Gambar 3; Inilah penapis, anda nampak x air lautnya keruh sikit...sebab ia mengandungi pasir. Segala macam kotoran akan ditapis disini. Disini barulah kita nampak segala macam kotoran yang dibuang ke dasar lautan. Yang kita nampak cuma yang terapung......yang tenggelam? Lagila banyak...Oleh itu, jagalah perairan kita.
 
Gambar 4 ; Air yang telah ditapis akan mengikut graviti dan akan keluar melalui lengan yang terjulur keluar dan akan membuang pasir ke dalam tongkang. Sekali lagi maafkan saya kerana tiada gambar ketika kapal ini mengisi pasir ke dalam tongkang. Yang ini dibuat cuma demo khas untuk kami jerr. Kalau ikutkan, ada tongkang barulah pam berjalan.Ingat x, dalam gambar 1 saya ada terangkan 'di sebelah kanan tu lengan untuk membuang pasir ke dalam tongkang'. Haa inilah dia, tapi dalam gambar 1 dia x berfungsi, relaks le tu. Dalam gambar ni dia tengah bekerja

Gambar 5; Menunjukkan kapal tersebut menunjukkan kapal tersebut dalam keadaan bekerja. Pada waktu ini tongkang akan masuk di sebelah kapal, tempat air yang memancut2 tu kuar, dia akan parking kat situ sampai tongkang tu penuh dengan pasir dan air. Bila dah penuh dia akan ditunda keluar. Buat pengetahuan anda, tongkang tersebut ditunda dengan menggunakan bot-bot penunda yang berkuasa kuda tinggi.

Lebih kurang macam nila...tapi ini gambar di New York.
Yang ini pulak kitaorang punya.... Yang nampak tengah turun dalam gambar tu dia punya tanjak naik (ramp). Ia akan diturunkan sebaik sahaja tongkang menghampiri tempat pemunggahan pasir. Ala...macam kat feri Pulau Pinang tu...Tapi kat PP tu ada jeti khas untuk menerima tanjak tu, yang ni kitaorang buat tanjak sendirila pakai pasir. Bila dah turun, jengkaut (excavator) dan lori akan masuk ke dalam dan akan memunggahkan pasir keluar. Sedikit demi sedikit sampai habis.

 
Lebih kurang cengginila bentuk pasir di atas tongkang sebelum dipunggah.

Soalan ; Tadi kata pasir dan air akan dipam masuk ke dalam tongkang (rujuk gambar 5)? Mana pergi air ?

Jawapan : Air akan hilang melalui 2 cara. Pertama melalui penyejatan. Dan kedua melalui pengaliran air melalui celahan dinding tongkang. Kalau diperhatikan gambar yang no. 2 di atas, anda akan nampak tompokan2 lubang pasir. Itu adalah akibat peresapan air melalui celahan dinding tongkang tersebut. Pasir tidak akan hilang ke laut, kerana ia mempunyai penapis.

Soalan Lagi ; Berapa banyakkah pasir yang boleh dibawa?

Jawapan ; Pasir yang boleh dibawa mengikut saiz tongkang di atas lbh kurang 2000m3. Bnyk mana tu? Kalau pasir tu boleh diisi ke dalam rumah, ia boleh memuatkan 8 buah rumah (saiz rumah teres 1 tingkat standard) atau kalau lebih senang lagi, boleh memuatkan 180 buah lori pasir.
Inilah proses pemunggahan pasir sedang dilakukan.

No comments:

Post a Comment